Selasa, 27 Mac 2018

Apabila perkara Politik (as-siasah syareyyah - fiqh : furu'-1) menjadi Agama (tauhid-1 @ tauhid rububiyyah : pokok-1).

POLITIK (as-siasah syareyyah : furu'-1) menjadi AGAMA (tauhid-1 - rububiyyah : pokok-1)

Syiah laknat sahabat nabi, Abu Bakar.
Sunni pula laknat sahabat nabi, Abdullah Ubai.
Dua-dua perangai pengikutnya sama.


Syiah makan najis imam mereka,
Sunni pula minum najis unta.
Dua-duanya mempunyai kegemaran yang sama.


Pergaduhan mereka ini melangkaui beberapa generasi. Kedua-dua kumpulan menggunakan nama Allah dan nabi dalam menyampaikan manifesto dan aspirasi masing-masing.

Dari satu gerakan berkumpulan hingga kini menjadi satu akidah (al-Iman), dari pangkat penyokong kini naik pangkat menjadi penganut. Semuanya dek ketaksuban dua ahli kumpulan ini setelah ditipu dengan menggunakan nama Allah dan nabi. Inilah yang terjadi jika sesuatu kumpulan, menggunakan nama Allah dan nabi dalam meraih sokongan.

Asalnya, mereka bergaduh kerana rebutkan jawatan Pengerusi Masjid Nabawi, persis yang berlaku di beberapa masjid di Malaysia, merebut jawatan Pengerusi masjid dan Imam. Di Malaysia dulu telah wujud istilah, "Masjid UMNO" dan "Masjid PAS", ulama PAS dan ulama UMNO.

Budayanya juga sama persis pergaduhan Sunni dan Syiah. Cipta satu fatwa atau hukum dan dakwa ianya datang dari Allah. Siapa yang tidak sependapat atau menyokong perjuangannya, dianggap kafir.

Syukur alhamdulillah, setelah mata bertentang mata, janji dipadu, mulut bertaut memadu asmara, akhirnya kini mereka pun bersatu kembali di bawah nikmat Allah Yang Maha Esa.

Maka, yang berpaling tadah atau keluar dari jemaah mahupun tidak merestui cinta suci mereka akan dianggap kafir dan melawan kehendak Allah.

Inilah bahaya wujudnya gerakan, kumpulan, parti politik yang menggunakan nama Allah, nabi mahupun Agama dalam mendapatkan kuasa. Jika dibiarkan parti seperti ini terus wujud di Malaysia, pada masa akan datang, parti ini akan dianggap seperti Agama, setiap kata-kata pemimpinnya akan dianggap suci dan datang dari Allah. Menolak perjuangan atau pendirian parti akan dianggap melawan perintah Allah, kafir dan murtad.

Inilah yang pernah berlaku beribu tahun dahulu terhadap Sunni dan Syiah.

Katakan, "TIDAK" pada parti politik Agama.
///
dicatat oleh : 
Ab Sheikh Yunan
Catat Ulasan