Selasa, 19 Julai 2016

MIMPI NGERI ANAK NEGERI SERAMBI MEKAH... "Serambi Sunggoh" ... "IbuNya bulatkan perut sendiri !!!

Antara isu-isu yg akan mencelikkan rakyat Kelantan tentang kelemahan dan salah tadbir urus PAS di Kelantan menjelang tamatnya tempoh penggal pemerintahan Pas Kelantan menjelang PRU 14 diadakan,antaranya;

1. Pertikaian hakmilik tanah dlm syarikat Galeri Tani di Mukim Apam, Rantau Panjang yg melibatkan bekas pemimpin2 kanan Pas Kelantan dan Pas Pusat.

2. Pembangunan Di Kampung Laut yg melibatkan pengambilan semula tanah2 penduduk sebanyak 35 keluarga dan pemindahan semula masjid bersejarah Kg laut ke tapak asalnya di Kampung Laut yg dulunya telah dipindahkan ke Nilam Puri.

3. Permohonan menjual arak di Perdana Resort yg dulunya dimiliki oleh anak syarikat Kerajaan Negeri dan skrg telah dijual kpd bangsa asing, khabarnya tauke baru telah memohon utk menjual arak dan membuka Pub di Resort tersebut utk menarik minat pelancong asing???

4. Pembukaan Pawagam yg telah mencetuskan kontroversi di kalangan pembuat dasar kerajaan negeri sehingga Dewan Pemuda Pas Kelantan terpaksa menghantar memorendum bantahan kpd MB.

5. Kes2 tuntutan di Mahkamah akibat keputusan2 yg telah dibuat oleh anak2 syarikat/GLC yg mungkin akan menyebabkan bayaran gantirugi yg banyak juta2 ringgit yang diantaranya melibatkan Kompleks Perkayuan Kelantan dan pertikaian penamatan kontraktor terdahulu bagi projek Lebuhraya Rakyat( Duit derma berjuta dari rakyat kemana perginya)

6. Kegagalan Kerajaan Negeri menjana pendapatan dan kemerosotan pungutan hasil negeri serta dan kelemahan tadbir urus yg menyebabkan banyak agensi2 utama kerajaan negeri menjadi layu dan jawatan2 utama seperti CEO di PMBK gagal diisi.

7. Kegagalan Kerajaan Islam Kelantan menunaikan menifestonya utk menyelesaikan isu permohonan dan hak milik tanah tanah, sebaliknya diganti dgn dasar baru tanah yg semakin membebankan terutama bayaran premium dan caj pembangunan yg terlalu tinggi.

8. Menguruskan harta Negeri supo pusako Chek dia oleh pemain politik yg gambarkan Membangun Bersama Islam.

9. Kegagalan menguruskan KEBERSIHAN yang menjadi cabang kepada IMAN terutamanya pengurusan pungutan Sampah.

10. Gagal menyediakan Air disesetengah kawasan serta gagal menyediakan air yg bersih kepada Rakyat Kelantan.
///
BieJey (BJ)
Catat Ulasan